Geng Iskandar kecundang di Sepang

Wednesday, April 18, 2018

Geng Iskandar kecundang di Sepang

Geng Iskandar kecundang di Sepang

SEPANG: Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal dikenali Geng Iskandar susulan tertangkapnya tujuh lelaki yang terbabit dalam kes curi motosikal di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, semua suspek yang berusia 17 hingga 22 tahun itu di tahan secara berasingan oleh pasukan Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Beliau berkata, dua suspek ditahan pada 27 Mac lalu selepas pihaknya menerima laporan cubaan mencuri motosikal jenis Yamaha RXZ di Apartment Kenanga, Kolej Teknologi Timur, Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

"Hasil dari siasatan ke atas dua individu itu berjaya menahan lagi lima lelaki di sekitar Sepang yang turut terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.

"Malah, melalui tangkapan ini kita berjaya menyelesaikan 15 kes curi motosikal di sekitar Sepang dan daerah luar selain merampas lapan rangka, lima motosikal pelbagai jenis serta tiga enjin," katanya pada sidang media di IPD Sepang di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya turut mendapat maklumat mengenai rangka motosikal yang dicuri itu dibuang ke dalam sungai di sekitar kawasan Sepang.

"Kita dibantu pasukan penyelam Polis Marin Putrajaya bagi mendapatkan rangka motosikal dan berjaya menemui empat rangka di Sungai Labu, Salak Tinggi dan empat lagi di Sungai Bukit Unggul, Dengkil," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment