Dadah lebih RM100,000 dirampas
JOHOR BAHRU - Polis Johor merampas pelbagai dadah jenis ganja, heroin dan syabu bernilai RM101,000 dalam serbuan di sekitar Iskandar Puteri, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dipercayai penjual dadah berkenaan dalam serbuan itu.
âHasil maklumat awam, JSJN melakukan serbuan bermula jam 5 petang hingga 7 petang di sekitar kawasan Iskandar Puteri.
âSerbuan dilakukan terhadap sebuah kenderaan kereta jenis Toyota Vios yang berada dalam keadaan mencurigakan.
âHasil siasatan lanjut, anggota kita menemui 25 bungkusan seberat 26kg dadah disyaki ganja, 1.3kg dadah jenis heroin, dan 250 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM101,000,â katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Lukas berkata, kesemua dadah itu adalah untuk pasaran tempatan dan bekalan berkenaan dipercayai didapati dari negeri di utara.
Katanya, polis juga tidak menolak kemungkinan terdapat ahli-ahli lain yang terlibat dan masih bebas.
âSiasatan lanjut masih sedang dijalankan bagi mengesan ahli-ahli suspek ini. Kita juga percaya suspek telah aktif menjalankan aktiviti ini selama tiga bulan.
âHasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja). Suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,â katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM1,500 dan kenderaan kereta jenis Toyota Vios.
âSuspek kini sedang ditahan reman selama tujuh hari bermula 20 April bagi tujuan siasatan lanjut.
âKes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment