Calon tunggal wanita di Bandar Tun Razak

Thursday, April 19, 2018

Calon tunggal wanita di Bandar Tun Razak

Calon tunggal wanita di Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR - Calon Pas Parlimen Bandar Tun Razak menjadi calon tunggal wanita parti itu yang diletakkan untuk bertanding salah satu daripada sembilan kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Calon itu adalah Dr. Rosni Adam yang merupakan AJK Pas Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Bandar Tun Razak.

Manakala, calon bagi Parlimen Setiawangsa, Ubaid Abd Akla, menjadi calon termuda dalam barisan calon di Wilayah Persekutuan.

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, diletakkan sebagai calon Parlimen Titiwangsa.

Calon Pas bagi Parlimen Putrajaya pula disandang oleh CEO Harakah, Zainal Kidam, yang juga Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Calon Parlimen Lembah Pantai diberikan kepada Bendahari Pas Kawasan Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar.

Ketua Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya, pula dicalonkan untuk Parlimen Batu.

Manakala Ketua Lajnah Dakwah Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Solleh Ab Razak, dicalonkan untuk Parlimen Segambut.

Bagi Parlimen Labuan, Yang Dipertua Pas Kawasan Labuan Pertama, Ahmad Junid Mohd Aling dicalonkan.

Parlimen Wangsa Maju pula meletakkan Yang Di Pertua Pas Wangsa Maju, Razali Tumirin.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment