Bekas Setiausaha Agung MIC antara calon PAS di Pahang
KUANTAN: Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar adalah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.
Pencalonannya diumumkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar pada majlis pengisytiharan calon PAS dan Gagasan Sejahtera Pahang pada PRU-14 di Padang Awam Cenderawasih, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rosli pula kekal di kerusi DUN Tanjung Lumpur yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penyandang DUN Beserah, Andansura Rabu juga kekal di kerusi itu.
PAS turut meletakkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam di kerusi Parlimen Bentong yang dijangka menentang Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai daripada Barisan Nasional (BN) dan Wong Tack (DAP).
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment