'Calon BN Terengganu calon boleh menang'
KUALA TERENGGANU â" Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan 40 calon parti itu yang akan bertanding dalam PRU14 pada 9 Mei ini bagi lapan kerusi Parlimen dan 32 Dun adalah terbaik serta âboleh menangâ.
Menurut Ahmad Razif, pemilihan semua calon tersebut adalah berdasarkan kehendak pengundi dari peringkat akar umbi sendiri selain kaji selidik yang dijalankan Pejabat Perdana Menteri dan BN Terengganu seiring dengan konsep inklusif.
âMemang ini yang dikehendaki akar umbi tapi biasalah, tidak semua orang akan puas hati terutama bagi mereka yang berhasrat jadi calon.
âApa pun yakin dan percayalah, calon-calon kita tonjolkan ini adalah yang terbaik. Kita jangka dapat kekalkan kerajaan Terengganu di samping menambah bilangan kerusi,â katanya selepas mengumumkan calon BN Terengganu PRU14 di sini hari ini.
Dalam pengumuman itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh antara nama yang digugurkan daripada senarai calon BN Terengganu.
Tiga bekas EXCO iaitu Datuk Rosol Wahid, Datuk Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera yang sebelum ini 'direhatkan' pada PRU13 kembali membuat kemunculan semula apabila dipilih bertanding kali ini.
Selain itu, BN turut mengekalkan 19 penyandang dan menampilkan beberapa muka baharu dalam misi mempertahankan 21 kerusi Dun dan Parlimen dan merampas kembali 19 kerusi yang kalah.
Ditanya isu tidak puas hati berkaitan calon yang dipilih, Ahmad Razif yang akan mengetuai jentera parti dalam kempen PRU14 berkata, perkara seumpama itu adalah normal dan beliau telah membuat persediaan awal.
âKrisis-krisis seumpama ini kita sudah buat persediaan, sehari dua perkara ini akan selesai.
âApa yang penting solidariti kita semua sepakat dan bekerja sebagai satu pasukan, saling bantu membantu. Yang veteran ada pengalaman, mereka akan berkongsi pengalaman bersama calon muda terutama yang kali pertama bertanding.
âSaya ingin nyatakan kepada semua pengundi dan jentera, yakin percayalah bahawa (calon) ini adalah terbaik. Bekerjalah dengan kuat insyaAllah kita akan pastikan PRU kali ini kita akan dapat keputusan terbaik dan ulangi sejarah sebagaiman PRU tahun 2004,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment