Bina hospital baharu di Kampar

Wednesday, April 18, 2018

Bina hospital baharu di Kampar

Bina hospital baharu di Kampar

IPOH - BN akan tetap meneruskan usaha untuk membina sebuah hospital baharu di Kampar demi memberikan kemudahan perubatan kepada penduduk.

Ketua MCA Bahagian Kampar, Datuk Lee Chee Leong berkata, pembinaan hospital baharu itu turut terkandung dalam manifesto BN bagi peringkat Parlimen  Kampar.

Justeru menurutnya, kewujudan hospital baharu berkenaan diharap dapat membantu menyelesaikan beberapa kesulitan yang dihadapi penduduk seperti kesesakan lalulintas ketika mahu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

"Pembinaan hospital ini memang ada dalam manifesto kita, khususnya bagi peringkat Parlimen Kampar.

"Oleh itu, kita mengharapkan agar pembinaan hospital ini menjadi realiti suatu hari nanti," katanya.

Chee Leong berkata demikian sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat ”MOF Bersama Rakyat” anjuran bersama Kementerian Kewangan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) di  Arena Rakyat, Tualang Sekah Malim Nawar, hari ini.

Hadir sama, Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang turut menyempurnakan perasmian program berkenaan.

Sementara itu, Chee Leong berkata, pihaknya juga akan mencadangkan kepada pihak PLUS untuk mewujudkan susur keluar dari lebuh raya ke Kampar.

Katanya, susur keluar berkenaan secara keseluruhannya dilihat bakal memberikan banyak manfaat khususnya menarik kunjungan pelancong ke Kampar.

"Dengan susur keluar ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan ke kawasan Kampar ini," katanya lagi.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment