Bekas setiausaha YTSS didakwa pecah amanah lebih RM600,000

Thursday, April 19, 2018

Bekas setiausaha YTSS didakwa pecah amanah lebih RM600,000

Bekas setiausaha YTSS didakwa pecah amanah lebih RM600,000

KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha di Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin (YTSS) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap dana yayasan itu berjumlah lebih RM600,000 lapan tahun lalu.

Tertuduh, Tina Fazlita Fadzil, 49, membuat pengakuan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, Tina Fazlita yang ketika kejadian sebagai setiausaha diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana yayasan itu, namun didakwa melakukan pecah amanah keseluruhannya berjumlah RM663,070.

Ketiga-tiga perbuatan itu didakwa dilakukannya di EON Bank Berhad, Cawangan Taman Sri Hartamas, Jalan Sri Hartamas 8, Taman Sri Hartamas di sini, antara 29 Januari 2010 hingga 9 Julai 2012.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Norashikin meminta mahkamah mengenakan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Elina Abdul Rashid yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan rendah ke atas anak guamnya dengan mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak tinggi kerana bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mei ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment