Bekas Adun Mentakab umum bertanding Bebas
MENTAKAB - Bekas Adun Mentakab, Datuk Chua Boon Seong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada kerusi berkenaan pada PRU14.
Beliau berkata, keputusan itu diambil kerana menyifatkan sokongan kaum Cina di situ semakin merosot.
Pernah menyandang jawatan tersebut di Dun terbabit selama dua penggal, Boon Seong, 63, mendakwa pernah meluahkan ketidakpuasan hati dengan MCA, namun perkara itu tidak diambil berat menyebabkan dirinya membuat keputusan untuk bertanding.
âBerlaku perubahan dalam kalangan pengundi Cina di Mentakab menyebabkan saya menawarkan diri sebagai satu alternatif kepada pengundi yang tidak menerima MCA atau BN mahupun DAP di situ.
âSaya juga pernah menjadi Adun di sana selama dua penggal sebelum tewas pada PRU13. Jadi saya ada pencapaian lalu untuk pengundi nilai kemampuan saya sebelum ini,â katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, hari ini.
Pada PRU13, Boon Seong tewas kepada Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (DAP) dengan majoriti sebanyak 1,544 undi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment