Andre Scholl CEO baharu
SUNWAY Hotels & Resorts, bahagian hospitaliti konglomerat Malaysia Sunway Group, mengumumkan pelantikan Andre Scholl sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi memimpin strategi pertumbuhan syarikat, mendorong kecekapan pengendalian dan menyelia fasa pembangunan seterusnya untuk kumpulan hotel tersebut.
Dalam satu kenyataan medianya, Sunway berkata, Scholl akan menggalas tanggungjawab untuk 11 hotel dan pusat peranginan Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, Kemboja dan Vietnam yang mempunyai lebih 3,300 bilik tamu, suit, kediaman berservis dan vila mewah; serta pelbagai kemudahan konvensyen, mesyuarat dan pameran.
รขBeliau akan mengendalikan strategi syarikat, meningkatkan kecemerlangan operasi dan menyokong pertumbuhan masa depan hartanahnya, memaksimumkan potensi jejak jenama ini khususnya dalam pasaran tradisional dan baharu serta mencapai hasil yang lebih tinggi.
Scholl ialah seorang ahli profesional dalam industri hospitaliti yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman kepimpinan, pernah berkhidmat untuk kumpulan-kumpulan hotel global selepas memulakan kerjaya beliau di Switzerland.
Scholl pernah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan untuk hotel-hotel antarabangsa mewah yang terkemuka di seluruh Asia, Timur Tengah dan Eropah, bersama jenama-jenama seperti Shangri-La, Conrad, Mandarin Oriental dan Hilton Hotels & Resorts. Beliau memperoleh kelayakan profesional daripada RMIT University, Australia dalam Pentadbiran Perniagaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment