Amanah letak tujuh calon di Melaka
BANDARAYA MELAKA - Amanah Melaka meletakkan seramai tujuh calon yang akan mewakili gabungan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata, selain meletakkan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk bertanding di peringkat Parlimen Jasin, Amanah Melaka turut membariskan seramai enam calon bertanding di peringkat Dun.
Adly, 47, yang juga Pengerusi Harapan Melaka akan bertanding di Dun Bukit Katil manakala Ketua Pengarah Arif Malaysia, Juhari Osman, 43, akan bertanding di Dun Pantai Kundur.
Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Mohd Sofi Wahab, 49, akan bertanding di Dun Durian Tunggal sementara Timbalan Ketua Pemuda Amanah Melaka, Nor Khairi Yusof, 35, di Dun Serkam.
Naib Pengerusi Amanah Melaka, Zairi Suboh, 38, pula diletakkan di Dun Taboh Naning sementara Timbalan Speaker Amanah Negara, Yuhaizad Abdullah, di Dun Merlimau.
Adly ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuat sidang media dalam masa terdekat berhubung perkara itu.
âSetakat ini kami hanya memaklumkan sahaja barisan calon Amanah yang akan mewakili Gabungan Pakatan Harapan Melaka bagi PRU14 ini.
âSidang media mengenai perkara itu akan diaturkan dalam masa terdekat ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment