Ahli PKR tak puas hati calon Parlimen Rembau

Wednesday, April 25, 2018

Ahli PKR tak puas hati calon Parlimen Rembau

Ahli PKR tak puas hati calon Parlimen Rembau

SEREMBAN: Sekumpulan individu mendakwa ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rembau membantah keputusan PKR mencalonkan Setiausaha Cabang itu, Left Kol (B) Roselli Abdul Ghani, bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wakil kumpulan itu, Zarizal Abdul Rahman, 30, mendakwa mereka membuat bantahan sejak awal kerana tidak bersetuju dengan tindakan cabang itu menghantar nama Roselli saja untuk dipertimbangkan sebagai calon, beberapa bulan lalu.

"Kami tidak setuju dengan calon berkenaan kerana dia tidak sesuai diletakkan untuk menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, malah bukan pilihan majoriti ahli PKR Cabang Rembau.

"Kami membuat bantahan terhadap Ketua Cabang dan pihak ibu pejabat mengenai isu ini, namun tidak menerima sebarang maklum balas atau dipanggil berbincang dengan lanjut sebelum ini.

"Setakat ini, kami tiada calon pilihan lain untuk digantikan dengan Roselli, namun mahu berbincang dengan pihak ibu pejabat mengenai calon lebih sesuai," dakwanya pada sidang media di hadapan pejabat PKR Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Terdahulu, Zarizal meminta maaf kepada wartawan yang hadir kerana mendakwa tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai isu itu atas arahan ibu pejabat PKR yang baru saja menghubunginya, pagi tadi.

Malam tadi, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, mengumumkan nama semua calon PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang akan bertanding pada PRU-14 di negeri ini, termasuk Roselli yang dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Rembau.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment