160,000 pengundi Kelantan sokong BN
TANAH MERAH - Kira-kira 160,000 pengundi Kelantan yang dikenal pasti melalui kelab Sahabat N87 bakal menyumbang kemenangan kepada BN dalam PRU14.
Timbalan Pengerusi Penerangan Pusat kelab berkenaan, Datuk Kamarudin Abdullah berkata, pihaknya telah mengumpul pengundi berkenaan melalui pendekatan dalam keluarga kelab itu sendiri selain bertemu mata dengan jiran dan sahabat.
"Kita mendekati setiap kategori bagi mengumpul golongan pengundi berkenaan supaya dapat menyumbang undi terhadap kemenangan BN.
"Semoga dengan usaha ini dapat memberi kemenangan kepada kita dalam usaha menawan negeri Kelantan dari pihak lawan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di dewan Sekolah Menengah, Kebangsaan(SMK)Tanah Merah di sini hari ini sempena pelancaran jentera PRU14 di sini, hari ini.
Turut hadir 1,000 ahli kelab sahabat N87 yang memberi sokongan terhadap kempen berkenaan.
Majlis dirasmikan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah,Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mewakili Pengerusi BN Kelantan,Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Kamarudin berkata, pihaknya mengambil masa lebih empat bulan dalam usaha mengumpul pengundi berkenaan.
"Kita harap usaha mengumpul bekas ketua pemuda ketika era Datuk Seri Najib Tun Razak mejadi Ketua Pemuda sekitar tahun 80-an itu dapat memberi kemenangan yang besar pada BN.
"Kesemua yang dikumpul merupakan 2,500 bekas Ketua Pemuda yang kebanyakkannya telah bersara dan ada juga yang sakit dan uzur namun kita mahu semangat mereka dalam usaha memberi sokongan tidak berbelah bahagi," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment