[VIDEO] Konsep BN diiktiraf dunia

Friday, March 2, 2018

[VIDEO] Konsep BN diiktiraf dunia


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dunia mengagumi BN kerana ia mampu menyatukan parti-parti politik di bawah satu gabungan yang sehingga kini tidak boleh ditiru atau dibuat oleh mana-mana pihak lain.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan dan Tugas-Tugas Khas berkata, keunikan itu boleh dilihat di Parlimen Kuala Pilah apabila semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ditandingi dan dimenangi oleh BN tetapi kejayaan itu mendapat sokongan daripada parti komponen yang lain.

"Kelebihan yang ada di Kuala Pilah ini menggambarkan kekuatan dan keunikan hingga menyebabkan BN diiktiraf oleh dunia hingga mendapat penghormatan banyak negara termasuk di Timur Tengah.

"Kekuatan ini berpunca daripada keikhlasan, kejujuran, kesungguhan dan kerjasama persahbatan antara pejuang yang telah diuji dalam beberapa cabaran dihadapi selama ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) BN Parlimen Kuala Pilah di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi BN Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim; Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Hasan Malek dan para pemimpin BN Parlimen Kuala Pilah.

Lebih 300 ahli parti komponen BN hadir pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment