Sultan Johor sambut Chap Goh Mei

Thursday, March 1, 2018

Sultan Johor sambut Chap Goh Mei

Sultan Johor sambut Chap Goh Mei

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat mencemar duli menyambut perayaan Chap Goh Mei yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 tetamu memeriahkan program tersebut yang merupakan anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG).

Ketibaan Sultan Johor disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWHG, Tan Sri Lim Kang Ho dan Exco Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Hadir sama; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Amran A Rahman dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd serta barisan pemimpin tempatan.

Sebaik tiba, baginda bersama Kang Ho dan Siew Kiong serta barisan tetamu kehormat menggaul Yee Sang sebagai acara simbolik sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Sultan Iskandar turut berkenan menyampaikan angpau kepada penerima serta beramah mesra dengan tetamu pada majlis tersebut.

Sambutan Chap Goh Mei yang diadakan itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina, persembahan gendang dan nyanyian oleh barisan artis jemputan.

Baginda kemudian berangkat pulang selepas meluangkan masa kira-kira sejam pada majlis itu. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment