Seronoknya singgah di Arwana Perhentian Resort

Tuesday, March 13, 2018

Seronoknya singgah di Arwana Perhentian Resort

Seronoknya singgah di Arwana Perhentian Resort

KOTA BHARU - Ramai orang ingat kalau nak cari percutian yang sempurna adalah di Maldives, Bali dan Phuket,  lokasi sangat popular di mata dunia.

Namun terdapat  banyak juga tempat di Malaysia yang setanding dengan percutian-percutian hebat di mata dunia. Jadi, marilah kita bersama-sama sokong khazanah negara dan industri pelancongan tempatan.  Bak kata orang, kenapa perlu bayar lebih?.

Tak perlu bayar lebih untuk menjadikan percutian sama seperti mereka di Maldives, dengan singgah ke Pulau Perhentian,  Terengganu semestinya menjanjikan percutian yang berbaloi seisi keluarga.

Salah satu lokasi yang wajib dikunjungi adalah di Arwana Perhentian Resort dimiliki sepenuhnya oleh UB Resort World Sdn. Bhd, syarikat milik anak tempatan Azizan Afiza Datuk Aziz berusia 35 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizan Afiza berkata, pastinya pengunjung yang singgah di sini akan menyimpan memori tersangat indah untuk dikenang sepanjang hidup.

Apa tidaknya, berbekalkan pengalaman 15 tahun dalam industri perhotelan dan hospitaliti membantu menyediakan pengalaman mengujakan kepada semua tetamunya.

“Kalau sudah singgah memang akan datang sekali lagi di Arwana Perhentian Resort, sangat seronok dan percutian anda berbaloi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selain  daripada mencipta dan menguruskan percutian terbaik untuk pengunjung, resortnya juga dilengkapi dengan kemudahan seperti urusan pengangkutan darat dan air, aktiviti sukan seperti snorkelling, kayak, ‘dive centre’, sunset cruise serta pusat karaoke sekeluarga,

Bahkan turut disediakan dewan mesyuarat, program team building restaurant, spa  dan kolam renang  seluas 500 kaki persegi yang pastinya cukup lengkap bukan sahaja untuk percutian biasa.

Arwana Perhentian Resort yang diiktiraf sebagai resort tiga bintang oleh Kementerian Pelancongan Malaysia juga katanya juga antara resort terbesar di Pulau Perhentian dengan 104 bilik berhawa dingin boleh menyediakan kapasiti sehingga 400 tetamu pada satu masa.

“Selain daripada membantu anda mendapatkan percutian yang ideal, antara kepakaran kami dalam industri pelancongan dan perhotelan adalah memberikan keseronokan, keterujaan dan kegembiraan kepada anda yang bercuti di Pulau Perhentian khususnya bersama Arwana Perhentian Resort.

"Sesuai dengan misi terbesar kami iaitu berhasrat membawa pulau ini di mata dunia melalui slogan  ‘Creating and Managing A Perfect Holiday Experince’ dan ‘Bring The World To Perhentian’,” katanya,

Tambahan pula katanya,  #BringTheWorld2Perhentian itu telah pun tular dalam kalangan pelawat yang mengenali resort tersebut di laman sosial.

Pada awalnya, slogan itu cuma merupakan hasrat pemilik resort sahaja, tapi setelah mendapat sambutan daripada orang ramai, menjadikan pihaknya lebih bersemangat untuk benar-benar membawa Pulau Perhentian di mata dunia.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment