Salur skim bantuan Insentif Pengeluar Getah

Tuesday, March 13, 2018

Salur skim bantuan Insentif Pengeluar Getah

Salur skim bantuan Insentif Pengeluar Getah

KUALA TERENGGANU - Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diberikan mandat untuk menyalurkan skim bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah supaya dapat meneruskan aktiviti menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran.

Pegawai Tadbir LGM Kuala Terengganu, Abdul Malik Ismail berkata, bantuan IPG itu diberikan kepada penoreh atau pemilik kebun secara bulanan dan setiap bulan, bergantung kepada harga getah semasa.

Menurutnya, pengumuman kadar bayaran itu akan dibuat pada setiap awal bulan dan bagi jualan sekerap untuk bulan Februari akan dibayar sebanyak 10 sen (50% KGK) per kilogram.

Oleh itu katanya, penoreh atau pemilik boleh menuntutnya melalui pelesen getah atau datang sendiri ke Pejabat LGM di Batu Burok atau di LGM Kampung Tok Dor, Besut dengan membawa resit jualan rasmi bagi bulan Februari dan kad PAT-G (kad hijau LGM).

Maklumat lanjut, boleh hubungi LGM Terengganu di talian 09-6301650 atau LGM Kampung Tok Dor, Besut (09-6921872).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment