Semakan semula Datin Rozita di Mahkamah Tinggi esok

Wednesday, March 28, 2018

Semakan semula Datin Rozita di Mahkamah Tinggi esok

Semakan semula Datin Rozita di Mahkamah Tinggi esok

KUALA LUMPUR: Prosiding permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, tahun lalu, akan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi esok.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Mac lalu memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan Rozita berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan semakan semula hukuman dikenakan terhadapnya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula, hari ini.

Berikutan itu, media melaporkan wanita itu sudah disenarai hitam untuk ke luar negara atas arahan mahkamah.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan mendera pembantu rumahnya, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Suri rumah itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Bagaimanapun, pelbagai pihak menzahirkan tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, malah lebih 70,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman lebih tegas.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa pada 2016.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment