Sejak insiden majlis perlancaran tudung di kelab malam, hampir 100,000 pengikut unfollow Instagram usahawan dan selebriti popular Neelofa.

Neelofa antara nama yang menjadi perhatian kerana kejayaannya dalam dunia pernigaan dan tiada selebriti lain yang mampu menandinginya. Impak kejayaan Neelofa di mata dunia membuatkan dia dilantik untuk menjadi duta jenama antarabangsa terkenal.


Tapi sebenarnya, selain Neelofa, ada beberapa lagi wanita lain yang boleh dijadikan idola dan motivasi untuk mengejar kejayaan.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Mula menjadi penyanyi seawal usia 16 tahun, penyanyi nombor satu negara ini antara individu berpengaruh di Malaysia. Memiliki jenama kosmetik sendiri iaitu SimplySiti dan jenama pakaian Creacion by Siti Nurhaliza, penyanyi berusia 39 tahun ini juga merupakan usahawan berjaya.



2. Mizz Nina

Selepas mendirikan rumah tangga, Mizz Nina membuat keputusan untuk berhijrah dan mendekatkan diri dengan pencipta. Dia kini aktif sebagai pengacara program Islamik dan sibuk dengan perniagaan jenama pakaiannya yang patuh syariah.

3. Heliza Helmi

Pernah popular menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia, Heliza kini seorang motivator dan aktivis. Jika anda mengikuti Instagram Heliza, dia sering ke Syria untuk aktiviti kemasyarakatan dan untuk merasai sendiri kesengsaraan saudara kita di sana. Berbakti dan membantu sesama Islam satu tindakan yang mulia. Heliza juga mempunyai rangkaian jenama pakaian muslimah sendiri. Memang “beauty with brain”.

4. Vivy Yusof

Pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves ini antara ikon perniagaan muslimah yang berjaya. Bukan saja tersenarai sebagai Ikon Wanita Negara, ibu kepada 2 cahaya mata ini juga tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia.

5. Dr. Soo Wincci

Bukan saja cantik, malah seorang wanita yang bijak dan layak di gelar ‘beauty with brain’. Miss World Malaysia 2008 in membuktikan, wanita cantik tidak hanya menggunakan kecantikan mereka untuk berjaya, tetapi pendidikan tetap menjadi keutamaan untuk berada di menara gading.

6. Dr. Amalina Che Bakri

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengejutkan negara sebagai pelajar pintar dan terbaik SPM tahun 2004. Dr. Amalina kini merupakan bakal doktor pakar yang kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England. Amalina berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.