Rakyat Malaysia buat kecoh di Australia, mengaku pengganas

Friday, March 2, 2018

Rakyat Malaysia buat kecoh di Australia, mengaku pengganas

Rakyat Malaysia buat kecoh di Australia, mengaku pengganas

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang mendakwa dirinya pengganas dan mengancam untuk meletupkan sebuah kasino di Melbourne, Australia, kelmarin diisytiharkan oleh mahkamah negara itu sebagai tidak memberi ancaman.

Menurut laporan portal berita Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Nadim Ismail, 55, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne, semalam atas dakwaan membuat ancaman bunuh, membuat laporan polis palsu dan membuat kenyataan palsu.

Pada Rabu lalu, Nadim mencetuskan situasi cemas di kasino berkenaan kira-kira pada jam 3.30 petang sehingga menyebabkan kasino itu dikosongkan selepas dia dikatakan bertindak secara tidak menentu.

Laporan portal itu yang memetik kenyataan Detektif Kanan Liam Comrie, sebagai berkata, Nadim memberitahu pengawal keselamatan kasino bahawa dia seorang pengganas dari Pakistan, yang kemudian menyebabkan kakitangan kasino ketakutan.

Katanya, Nadim didakwa membuat pengakuan itu selepas seorang pengawal keselamatan meminta supaya dia tidak meninggalkan begnya tanpa pengawasan di dalam keluar, kerana ia mungkin dicuri.

"Dia kemudian tiba-tiba menjadi gelisah dan agresif, serta bertindak menengking pengawal keselamatan terbabit.

"Pengawal keselamatan yang sama juga mendakwa ternampak bungkusan berwarna hijau menyerupai peledak bom di dalam beg miliknya, yang kemudian disahkan adalah bungkusan berisi tembakau.

"Nadim kemudian mengaku dirinya sebagai pengganas menyebabkan dia ditahan serta merta oleh pengawal keselamatan sambil berkata dia akan kembali semula ke kasino itu untuk membunuh pengurus kasino yang menghalau dia keluar dari kasino," katanya.

Mahkamah kemudian melepaskan Nadim dengan jaminan dan akan dihantar ke pusat tahanan imigresen selepas visanya dibatalkan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment