Pura-pura tukar duit sebelum pukau

Monday, March 12, 2018

Pura-pura tukar duit sebelum pukau

Pura-pura tukar duit sebelum pukau

BESUT - Seorang pemilik kedai  produk kecantikan nyaris kerugian ribuan ringgit selepas pekerjanya  dipukau oleh seorang lelaki dalam kejadian di premis yang terletak di Jalan Dato’ Zakari, bandar Jertih kira-kira 1.10 petang tadi.

Pemilik kedai, Muhammad Habibullah Abdullah,  35, berkata, sebelum itu kejadian dua lelaki berseluar pendek  masing-masing berumur  lingkungan 40 dan 50 an datang ke kedainya.

Menurutnya, lelaki berusia 50an yang juga memakai topi didapati terus menghampiri kaunter bayaran yang dijaga pekerja wanitanya berusia 18 tahun manakala rakan suspek berlagak seperti pelanggan dengan membeli air minuman.

“Ketika itu seorang pekerja itu jaga kaunter manakala saya dan dua pekerja lain berada di penjuru belakang sedikit sambil memerhati ‘pelanggan’ itu,” katanya.

Muhammad Habibullah berkata lagi, lelaki itu mengeluarkan wang RM 100 tiga keping dan berpura-pura mahu menukar wang RM50.00 dengan pekerjanya.

Menurutnya lagi, kemudian lelaki sama kemudian mengeluarkan lagi wang  sama berjumlah  RM500 kononnya untuk tujuan sama.

“Daripada jauh saya nampak pelik  apabila pekerja hanya mengeluarkan wang daripada mesin wang dan hanya menyerahkan kepada lelaki itu.

“Saya terus pergi ke kaunter tersebut, lalu merampas wang di tangannya berjumlah RM900 yang  telah diserahkan pekerja saya,” katanya.

Kata beliau berkata lagi, bagaimanapun dia tidak sempat merampas wang di dalam pokek seluar suspek apabila suspek  melarikan diri sebelum sempat dia menghubungi polis.

Menurutnya, pekerjanya  memberitahu, dia seperti tidak sedar menyerahkan  wang kepada suspek yang menggunakan teknik berpura-pura menukar wang untuk mengelirukan mangsa seperti pukau.

“Mula-mula dia kata nak tukar mahu wang RM50.00 tapi kemudian kata wang RM5.00 pula menyebabkan pekerja saya seperti mengikut arahannya sahaja.

“Saya rasa suspek sempat melarikan wang dari kedai saya sekitar RM300 selain wang yang sempat saya rampas dari tangannya dan kedua-dua suspek berlagak seperti tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, kejadian seumpama ini adalah kali pertama berlaku di premis tersebut namun pernah  berlaku di cawangan premisnya di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2014.

Perbuatan suspek berjaya dirakan menerusi kamera litar tertutup (cctv) di kedainya  dan beliau mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat suspek.

Muhammad Habibullah kemudiannya melaporkan kejadian itu di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment