Premis 'rojak' milik warga asing dibongkar

Sunday, March 11, 2018

Premis 'rojak' milik warga asing dibongkar

Premis 'rojak' milik warga asing dibongkar

KUALA TERENGGANU - Lambakan warga asing di sekitar bandaraya ini sejak kebelakangan ini menarik peniaga asing membuka premis 'rojak' demi mengaut keuntungan berganda.

Taktik seorang peniaga warga Myanmar yang sanggup menjalankan empat jenis perniagaan dalam satu premis berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Terengganu sempena 'Ops Belanja', hari ini.

Lelaki berusia 32 tahun itu didapati menjadikan premis disewanya sebagai tempat menjual pakaian, aksesori telefon dan jam tangan, barangan runcit dan makanan dari negara Myanmar selain turut dijadikan kedai makan.

Meskipun premis itu nampak terlalu sempit kerana dipenuhi barang, tetapi tetap menjadi pilihan tempat melepak rakan senegaranya terutama pada hujung minggu.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd Yassin Mohd Yusof berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang ini bertujuan menangani masalah kebanjiran warga asing terutama di sekitar bandaraya yang sering dilaporkan media dan orang awam melalui laman sosial Facebook sejak kebelakangan ini.

"Serbuan lebih tertumpu di premis dan kedai  milik warga asing kerana majoriti mereka pandai menarik pelanggan senegaranya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan.

"Sebagai contohnya peniaga warga Myanmar ini selepas didapati menjadikan premisnya sebagai tempat tumpuan rakan senegaranya kerana  menjual barangan produk dari Myanmar.

"Dia akan ditahan untuk siasatan selain mengarahkan premis itu ditutup sementara waktu," katanya ketika ditemui di lokasi, petang tadi.

Mohd Yassin berkata, selain peniaga itu, turut ditahan lima lagi warga asing selepas pemeriksaan mendapati mereka tiada pengenalan diri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment