Pensel Cakar yakin permintaan berganda

Tuesday, March 13, 2018

Pensel Cakar yakin permintaan berganda

Pensel Cakar yakin permintaan berganda

SYARIKAT Bumiputera yang merupakan pengedar tunggal Pencil Claw atau Pensel Cakar dari Amerika Selatan, MD Beauty Expert menyasarkan jualan produk itu 30,000 kotak menjelang akhir tahun ini.

Pengasas Bersama merangkap Pengarah MD Beauty Expert, Dazrina Che Din berkata, dia optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan Pencil Claw mendapat permintaan tinggi iaitu 15,000 kotak pada 2017.

Menurutnya, sasaran itu meningkat berikutan strategi promosi agresif syarikat dalam memperkenalkan beberapa produk baharu sebagai pek kombo bersama Pencil Claw.

“Pada tahun ini, syarikat mengambil pendekatan memperkenalkan Pencil Claw bersama dua buku iaitu pra penulisan dan membaca. Ia mendapat permintaan kerana membantu ibu bapa yang bimbang terhadap perkembangan anak-anak, terutamanya yang sukar dan tidak minat untuk belajar menulis. Biasanya mereka adalah dalam lingkungan usia tiga tahun hingga enam tahun.

“Pencil Claw dapat membantu kanak-kanak memegang pensel dengan teknik betul, meningkatkan kekuatan ‘fine motor’ serta memperbaiki penulisan lebih kemas dan cantik. Ia mempunyai kelebihan berbanding pensel biasa kerana dengan adanya getah claw yang boleh dimasukkan tiga jari utama iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ke dalamnya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia mengetatkan ketiga-tiga jari yang memegang pensel berkenaan sekali gus membantu kanak-kanak menulis. Tanda T di salah satu lubang getah itu adalah untuk ibu jari.

“Ia membantu kanak-kanak yang bermasalah untuk menulis terutamanya yang mempunyai pergelangan tangan dan jari yang lemah, tidak fokus dan mengambil masa yang lama untuk menulis serta memerlukan bantuan dalam mengkoordinasi moto halus (tangan) untuk menulis,” katanya.

Dazrina berkata, kedua-dua buku tersebut yang dicetak dalam bahasa Melayu akan membantu pengguna Pencil Claw menulis dan seterusnya membaca semula apa yang mereka tulis.

“Kebanyakan pembeli saya adalah pelbagai bangsa dan anak-anak mereka mempunyai masalah yang sama iaitu lambat menulis, tidak fokus dan tidak dapat memegang pensel dengan kemas. Pencil Claw adalah selamat kerana getah yang digunakan tiada bahan kimia dan senang dicuci. Ia didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, merah jambu, oren dan biru,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, syarikat menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment