Pengusaha bas kilang diberi amaran
GEORGETOWN - Pengusaha bas kilang diberi amaran agar tidak meletakkan kenderaan mereka di kawasan perumahan jika tidak mahu diambil tindakan tegas.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, pengusaha bas kilang berhadapan dengan tindakan tegas, antaranya tayar kenderaan dikapit, kenderaan ditunda dan menamatkan permit operasi.
Menurutnya, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerima banyak aduan penduduk terutamanya di Relau, Bayan Baru yang mendakwa hampir 100 bas kilang diparkir di tepi jalan kawasan terbabit.
âPenduduk mendakwa, apabila bas-bas ini diletakkan di tepi jalan ini menyebabkan berlaku halangan lalu-lintas serta menimbul perasaan tidak selesa di kalangan penduduk di situ.
âOleh itu, dengan kerjasama MBPP dan Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, kita akan ambil tindakan tegas bermula 13 Mac ini kepada semua pengusaha bas yang ingkar,â katanya kepada media tadi.
Kon Yeow berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan tanah seluas 1.82 hektar di Lebuh Batu Maung sebagai tempat parkir bas kilang.
âSementara menunggu proses penyewaan di antara pengusaha dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang selaku pemilik tanah dimuktamadkan, pengusaha bas dibenarkan meletakkan bas mereka di tanah lapang di sebelah Jambatan Kedua Pulau Pinang.
âBermula 13 Mac ini, jika mereka gagal mematuhi arahan ini, kita akan ambil tindakan. Tindakan ini adalah usaha kerajaan negeri untuk menangani masalah ini dan kebaikan untuk semua pihak,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment