Pasangan langgar pokok tumbang baru bernikah semalam

Sunday, March 4, 2018

Pasangan langgar pokok tumbang baru bernikah semalam

Pasangan langgar pokok tumbang baru bernikah semalam

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang cedera selepas melanggar pokok tumbang di Jalan Ampang pagi tadi, baru melangsungkan majlis pernikahan, semalam.

Mangsa, Mira Ezva Abd Rasid, 25, berkata beliau dan suami, Norazrul Ahmad, melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Cheras, malam tadi.

"Kejadian (kemalangan) berlaku begitu pantas. Pokok di hadapan kami secara tiba-tiba tumbang menyebabkan suami tidak sempat membrek dan terus melanggar pokok itu.

"Saya bersyukur terselamat dalam kejadian, namun risau dengan keadaan suami yang masih belum sedarkan diri, malah lebih teruk kami baru saja bernikah," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment