Pandu kereta di bawah pengaruh alkohol, lelaki didenda

Monday, March 5, 2018

Pandu kereta di bawah pengaruh alkohol, lelaki didenda

Pandu kereta di bawah pengaruh alkohol, lelaki didenda

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, tahun lalu.

Majistret Farah Adlini Mohd Din menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Kuan Weng, 37, setelah dia mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sebanyak 333mg dalam 100ml urin iaitu lebih 226 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 107mg alkohol dalam 100ml urin.

Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di Jalan Klang Lama, di sini, jam 3 pagi, 18 November  2017 mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM6,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Kuan Weng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Abdullah B Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pihak polis yang melakukan pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Klang Lama menahan tertuduh kerana dipercayai memandu kereta di bawah pengaruh alkohol. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment