NSTP bolot anugerah PKNS

Friday, March 2, 2018

NSTP bolot anugerah PKNS

NSTP bolot anugerah PKNS

SHAH ALAM: Akhbar kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menang besar, malam ini apabila membolot tiga anugerah utama pada Malam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bersama Media, sebentar tadi.

Wartawan NSTP, Firdaus Hashim menerima Anugerah Berita Sukan Terbaik, manakala jurufoto NSTP, Rosela Ismail dan wartawan sambilan NSTP Biro Shah Alam, Ayusliza Azizan, masing-masing memenangi Anugerah Gambar Terbaik dan Berita Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik.

Dua wartawan sambilan NSTP Biro Shah Alam, Siti Nor Amirah Abu Bakar dan Amrullah Abdul Karim, turut memenangi tempat kedua dan ketiga kategori Anugerah Berita Korporat Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai. Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Noraida Mohd Yusof.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein dan Ahli Majlis Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Mustapa Omar.

Sementara itu, Noraida berkata, Malam PKNS Bersama Media dianjurkan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pengamal media yang membantu PKNS mengukuhkan jenama dan reputasi syarikat.

Katanya, penganjuran kali kedua itu juga dibuat bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara PKNS dan agensi media.

"PKNS amat menghargai sumbangan rakan media dengan penulisan bernilai tinggi dan penyampaian berita yang sahih. Ia menjadi medium penghubung antara organisasi ini dan masyarakat.

"PKNS menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada media yang sudah bersama-sama membantu mengukuhkan jenama organisasi ini sepanjang 54 tahun penubuhannya. Diharapkan sinergi ini dapat dikekalkan pada masa depan," katanya.

Majlis yang dikendalikan pengacara Fiza Frizzy itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Irfan Haris dan Lan Solo.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment