Najib tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja ke Sabah

Thursday, March 1, 2018

Najib tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja ke Sabah

Najib tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja ke Sabah

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 8.40 malam.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan beberapa anggota Kabinet Negeri selain ketua-ketua jabatan dan agensi awam negeri serta Persekutuan.

Esok, Najib dijadual mengadakan 'Walkabout' ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok dan SMK Telipok sebelum merasmikan projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama warga kampus UMS di Masjid UMS sebelum menghadiri program Perhimpunan Perdana Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Pada malamnya, Najib dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Etnik dan Kesenian Negeri Sabah sebelum berlepas ke Terengganu. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment