Naik taraf LTSAH bukan keperluan mendesak
ALOR SETAR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kepada lapangan terbang antarabangsa bukan keperluan mendesak bagi rakyat Kedah.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia lebih sekadar janji palsu pilihan raya selain didakwa sebagai projek âduit terpijakâ untuk kroni Najib mengumpul kekayaan.
âKedah memang perlukan banyak bantuan dari kerajaan Pusat terutama dalam aspek pembangunan.
"Najib sepatutnya gunakan akal yang waras untuk berfikir dan laksanakan program tambah pendapatan pesawah dan penoreh di negeri ini,â katanya.
Menurutnya, dua golongan itu antara yang terjejas teruk kedudukan ekonomi.
âTekanan GST dan penarikan balik subsidi antara punca golongan itu hidup merana.
"Najib seharusnya cetuskan idea untuk kerajaan negeri Kedah urus masa depan lambakan anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tak berpeluang lanjutkan pendidikan ke peringkat diploma atau ijazah,â katanya.
Katanya, dengan menaik taraf LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa tidak membantu anak muda di Kedah.
âLebih wajar jika ditambah pusat pendidikan vokasional pelbagai jurusan sama ada bidang pertanian, kejuruteraan, masakan dan sebagainya atau biayai biasiswa pengajian mereka, yang mana biasiswa itu bukan seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),â katanya.
Menurutnya, wilayah Utara sudah memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang, dan ia sudah memadai.
âLangkawi dan Pulau Pinang lebih strategik untuk keseluruhan utara Semenanjung Malaysia. Tiada keperluan untuk jadikan LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa semata-mata untuk penerbangan menunaikan ibadah haji, dibuat setahun sekali,â katanya.
Mahfuz berkata, tanpa menaik taraf LTSAH, penerbangan haji setiap tahun tetap mampu menampung jumlah penerbangan dari Alor Setar ke Jeddah dan Madinah.
âRakyat Kedah bijak berfikir dan menilai, Najib tidak perlu dendangkan irama lapuk sebagai janji pilihan raya sama seperti janji lama yang belum tertunai, iaitu membina Hospital Pendang.
"Rakyat Kedah tak âkelapaqâ lapangan terbang antarabangsa, mereka mahu GST dihapuskan, harga minyak stabil dan subsidi harga barang untuk ringankan kos sara hidup,â katanya.
Menurutnya, cadangan Najib itu hanyalah momokan kosong akibat politik panik.
âNajib tidak dapat lagi sembunyikan rasa panik BN terutama di Kedah. Beliau dapat lihat gelombang kebangkitan rakyat Kedah yang akan humbankan BN pada PRU14. Sebabnya Najib sudah terjerat skandal salah urus tadbir hasil âtangan kotorâ pemimpin parti itu dan rakyat sudah tahu pembohongan yang dibuat selama ini,â katanya.
Mahfuz yakin rakyat Kedah mahukan perubahan masa depan bersama Pakatan Harapan.
âGolongan petani harap kos mengusahakan tanaman pada harga lebih murah. Rakyat mahu lebihan pendapatan boleh guna dalam poket, bukannya angka dan terma ekonomi yang tidak dapat kenyangkan perut rakyat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment