MYRodeo Sdn Bhd umum kerjasama bersama iFleet Digi

Monday, March 12, 2018

MYRodeo Sdn Bhd umum kerjasama bersama iFleet Digi

MYRodeo Sdn Bhd umum kerjasama bersama iFleet Digi

MY Rodeo Sdn Bhd (Rodeo) mengumumkan perkongsiannya dengan iFleet Digi untuk memberikan hasil penjejakan yang lebih baik melalui kempen ‘adtech’ di seluruh mod pengangkutan bagi tujuan penjenamaan iklan.

Dengan jalinan kerjasama ini, Rodeo dapat menjalankan kempen terkawal di sekitar Lembah Klang, untuk memastikan kenderaan bukan sahaja bergerak secara lancar, tetapi dalam masa sama dapat menunaikan permintaan pelanggan.

Digi iFleet adalah alat yang dipasang di kenderaan seperti kereta, van, bas, lori termasuk motosikal supaya ia dapat merekodkan setiap pergerakan, mengenal pasti kelajuan pemanduan, malah dapat membantu siasatan jika berlaku kemalangan berdasarkan rekod setiap minit yang dihantar ke pusat analisa Digi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rodeo, Valens Subramaniam berkata, bagi memberi insentif kepada pemandu dan pelanggan pihaknya telah membuat satu kempen yang dinamakan ‘swarm’, di mana pemandu yang paling kerap berada kawasan yang popular akan diberi ganjaran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, dalam enam bulan kebelakangan ini, pihaknya telah menunjukkan bagaimana iFleet sebagai penyelesaian mampu memenuhi keperluan perniagaan merentasi pelbagai industri.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment