Monyet terjerut tali di atas bumbung rumah
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/monyetatas7.transformed.jpg)
BUKIT BERUNTUNG: Seorang penduduk di Taman Garing Permai, Rawang di sini, cemas apabila melihat seekor monyet terjerut dengan tali di atas bumbung rumahnya, malam tadi.
Berikutan itu, penduduk terbabit meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.
Pegawai APM Daerah Hulu Selangor, Leftenan Pertahanan Awam Mansor Ab Rasid, berkata pengadu dikenali sebagai Shamitah, 40-an, menghubungi pihaknya pada jam 7.03 malam sebelum lima anggota ditugaskan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota melihat monyet itu dalam keadaan lemah di atas bumbung rumah pengadu.
"Anggota bertindak menangkap monyet itu dan mendapati lehernya terjerut dengan tali menyebabkannya lemah.
"Monyet itu terpaksa ditenangkan sebelum dilepaskan ke habitat asal di dalam hutan," katanya.
Mansor berkata, pengadu memaklumkan kepada pihaknya bahawa sejak seminggu lalu, kumpulan monyet sering dilihat datang ke kawasan rumahnya dan turun ke garaj apabila diberi makanan.
Bagaimanapun, sejak siang semalam, pengadu melihat monyet itu tidak aktif sebelum mendapati ada tali terbelit di leher haiwan berkenaan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment