Kecewa soalan berkaitan 1MDB ditolak
KUANTAN â" Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kecewa pertanyaannya berkaitan laporan audit Ketua Negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak Dewan Rakyat kerana diklasifikasikan sebagai rahsia.
Fuziah berkata, penolakan tersebut dianggap terdapat sesuatu perkara yang ingin disorokkan dari pandangan dan penilaian rakyat.
âPada dasarnya saya bukan meminta laporan 1MDB tetapi hanya meminta sebab mengapa laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi dan tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.
âSedangkan isu yang saya bangkitkan ini telah menjadi tumpuan rakyat bukan sahaja di Negara ini malah menjadi berita seluruh dunia,â katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai tujuan persoalan yang cuba dibangkitkan itu, kata Fuziah, rakyat wajar tahu mengenainya memandangkan sebahagiannya adalah duit mereka.
âMemandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menyatakan baru-baru ini bahawa kemungkinan 1MDB akan diumumkan sebagai bankrap tidak lama lagi, rakyat wajar mengetahui dengan lebih mendalam.
âOleh sebab itu, laporan audit ketua Negara sangat penting. Tetapi apa yang kita peroleh adalah jawapan bahawa pertanyaan itu tidak boleh ada keterangan dengan apa-apa perkara jika ia sudah ditetapkan sebagai rahsia.
âWalaupun rakyat perlu tahu tetapi nyata sedikit-sebanyak jelas hak mereka telah dinafikan,â katanya.
Sementara itu, Fuziah berkata, terdapat beberapa isu lain yang turut dibangkitkan ahli parlimen lain yang ditolak Speaker Dewan Rakyat.
âDengan itu, walaupun sejak dari awal lagi sudah menjangkakan tiada jawapan bakal diperoleh, namun kita terpaksa akur dengan keputusan Speaker kerana ia adalah muktamad,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment