Maut dilanggar akibat dendam

Thursday, March 1, 2018

Maut dilanggar akibat dendam

Maut dilanggar akibat dendam

BANGKOK - Seorang pemilik kedai getah ditahan selepas dengan sengaja melanggar pekerjanya hingga maut susulan dendam antara mereka.

Kolonel Polis Sungai Kolok, Prayut Wongsanti berkata, Saroj Lee, 40, ditahan atas tuduhan membunuh selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia dengan sengaja melanggar pekerjanya, Mada-oh Maba, 39.

Saroj dikatakan berselisih dengan Mada yang sedang menunggang motosikal, lalu memecut traknya dan melanggar mangsa hingga terjatuh.

Saroj kemudian keluar menjenguk pekerjanya itu namun masuk semula ke dalam trak dan melanggar Mada hingga maut. - Asia News Network

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment