Mahu buang persepsi peria pahit

Saturday, March 10, 2018

Mahu buang persepsi peria pahit

Mahu buang persepsi peria pahit

KOTA TINGGI - Dutadapo Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sedang berusaha membuang persepsi masyarakat bahawa ulam peria itu pahit.

Pengarah projeknya, Mohamad Aqmal Amminudin Mohamad Fauzi berkata, usaha tersebut bagi menggalakkan orang ramai mengambil sayur tersebut sebagai kudapan tanpa rasa ragu atau terikat dengan persepsi negatif terhadap rasanya.

Menurutnya, projek ini terdiri daripada 15 pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman, Sekolah Senibina KYPJ.

Katanya, cabaran mereka adalah menggunakan peria sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk Crisp’eria.

“Penghasilan Crisp’eria ini adalah dalam adunan resipi moden dan cita rasa kini yang mampu menjadikannya unik serta sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat usia.

“Ia seterusnya dapat membuang persepsi ulaman peria itu pahit untuk dimakan sebagai sambal dan kudapan,”katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, projek juga bertujuan membantu keusahawanan sosial golongan sasaran di Kampung Rantau Panjang ini, terutamanya dari segi ekonomi.  

“Projek ini menyasarkan ibu tunggal, belia dan suri rumah.

“Semoga usaha kami ini juga akan membantu ekonomi penduduk,”katanya.

Mohamad Aqmal berkata, seramai 100 penduduk telah dineal pasti untuk terlibat dalam projek berkenaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment