Kesal di atas kesilapan lalu, pelakon Fathia Latiff meminta agar pihak yang pernah memuat naik video tariannya di Bigo dipadamkan.

Menurut Fathia, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengajaran besar buat dirinya.


BACA: Fathia Latiff Mahu Dalami Ilmu Agama


“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.

“Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube.



“Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna,” katanya kepada mStar Online.

Nekad mahu berubah, dia tidak mahu lagi dibayangi kesilapan lalu dan mahu terus pandang kehadapan.

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi,” katanya.

Fathia bakal muncul dengan single baru dan dikhabarkan bakal memulakan pengambaran drama tidak lama lagi.