Lelaki melecur bengkel terbakar

Wednesday, March 28, 2018

Lelaki melecur bengkel terbakar

Lelaki melecur bengkel terbakar

KLANG - Seorang lelaki melecur di tangan dan kaki dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Batu 1 1/2, Jalan Kapar di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang, sebuah kabin dan kereta MPV Hyundai Starex turut dilapor terbakar.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam sebelum enam anggota dan jentera tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati kabin pejabat berkeluasan 15 x 30 kaki musnah hampir 10 peratus manakala kenderaan pula terbakar kira-kira 15 peratus.

"Seorang lelaki berusia 50 tahun turut didapati melecur tahap 1 di bahagian tangan dan kaki kanan.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment