Lain kali ikut peraturan
KAMUNTING - Kepimpinan BN dan Umno Bahagian Taiping menolak dakwaan wujudnya campur tangan politik hingga mengganggu perjalanan ceramah sempena Siri Jelajah Pakatan Harapan di situ, Sabtu lalu.
Naib Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, kekangan yang dihadapi adalah disebabkan kesilapan penganjur sendiri yang tidak peka terhadap kesesuaian lokasi hingga pentas ceramah dibuat mengganggu laluan penduduk.
Menurutnya, penduduk sendiri ada membuat laporan tidak bersetuju dengan keadaan itu kerana menyukarkan mereka keluar masuk ke taman perumahan.
âKebebasan bersuara di negara kita cukup baik, cumanya yang menjadi masalah bila program dibuat itu tidak mengikut peraturan.
"Berkempen tiada masalah, tapi jangan menyusahkan penduduk, bila mereka letakkan kontena (pentas) yang halang laluan utama, penduduk nak keluar masuk pun susah,â katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan DAP Perak yang mendakwa kononnya ada pihak tertentu cuba menghalang siri ceramah diadakan di Bukit Jana, Taiping memaksa beberapa pemimpin berucap dari atas kenderaan pacuan empat roda.
Mohammad Zahir yang juga Adun Kamunting berkata, pembangkang sewajarnya tidak memanipulasi keadaan hingga menampakkan kesalahan di pihak lain.
âKenapa tidak nyatakan keadaan sebenar sahaja, kami juga punya bukti bagaimana program diatur itu mengganggu lebih 1,000 penduduk berhampiran,â katanya.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Ton Zalani Mat Darus pula menggesa pakatan pembangkang memohon maaf kepada penduduk Bukit Jana atas tindakan menghalang laluan utama itu.
Katanya, tuduhan dilemparkan termasuklah takut dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tidak berasas.
âKita sendiri telah dinasihatkan agar tidak bertindak sesuatu yang tidak betul, tapi dalam hal ini, saya kira mereka yang tidak betul hingga sanggup membiarkan seorang negarawan seperti Tun M duduk di tepi jalan,â katanya.
Dalam pada itu, Ketua polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya sedang dalam tindakan untuk mengambil keterangan penganjur program selain keterangan saksi juga akan diambil dalam masa terdekat.
Beliau sebelum ini memaklumkan, siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dijalankan setelah dapati penganjur melanggar notis dikeluarkan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment