Kopi Hijau Alana dari Brazil

Saturday, March 17, 2018

Kopi Hijau Alana dari Brazil

Kopi Hijau Alana dari Brazil

DENGAN misi â€˜Satu Rumah Satu Kopi Hijau Alana’ Alana Beauty Marketing menjadikan ia strategi utama untuk memastikan produk keluaran syarikat berkenaan, Kopi Hijau Alana mencatatakan jualan yang membanggakan.

Meskipun baru ditubuhkan April tahun lalu, dua usahawan muda yang juga  pengasas Kopi Hijau Alana ini begitu optimis dalam merangka pelan serta pembangunan produk. Semuanya penting dalam memastikan produk keluaran syarikat kekal relevan dan mampu bersaing secara sihat dengan produk minuman kesihatan lain di pasaran.

Dahulunya, Abdul Hami Ismail, 32, dan rakan kongsi, Mohd Yuzril Idzham, 27, masing-masing belajar dan bekerja dalam bidang perubatan dan juga farmasi.

Bagaimanapun kini, bidang yang diterokai amat berbeza sekali namun atas dasar nekad, kedua-dua mereka beralih arah demi mengubah masa depan menceburi bidang perniagaan melihat kepada potensi perniagaan itu yang meluas.

Ditambah dengan minat ingin menjual produk keluaran sendiri, akhirnya membawa kedua-dua usahawan muda itu melangkah lebih jauh dalam bidang pilihannya.

 

Bermula sebagai pengedar/agen produk

 Menurut Abdul Hami, sebelum menceburi bidang perniagaan ini, dia dan rakan kongsi bermula sebagai pengedar dan agen produk secara kecil-kecilan.

“Kami berdua berkenalan pun ketika masing-masing mengikuti latihan industri di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada tahun 2011.

“Kemudian, selepas latihan industri, saya memulakan kerjaya sebagai pembantu perubatan di HTJS manakala, Yuzril sebagai pembantu farmasi di Hospital Besar Melaka.

“Ketika kami makan gaji, kami turut menjadi agen dan pengedar produk bagi peniaga lain. Boleh dikatakan, kami berdua membuat kerja sampingan.

“Di situlah bermulanya momentum kami ke arah bidang keusahawanan, menyelami selok-belok dan adat resam dalam bidang perniagaan. Selain dapat meraih pendapatan sampingan, kami juga dapat membina rangkaian dengan dibantu agen dan juga pelanggan tetap kami.

Demi matlamat ingin memajukan diri, mendorong kami berdua  mengeluarkan produk atas keluaran syarikat sendiri.

Kata Mohd Yuzril, setelah empat tahun bekerja makan gaji, kami berdua nekad berhenti kerja bagi meneruskan minat menceburkan diri dalam bidang yang diminati iaitu perniagaan.

“Saya tidak katakan, makan gaji tidak ada masa depan tetapi kami berdua mempunyai keinginan lain menyebabkan begitu nekad untuk berhenti kerja.

“Hasil daripada pengalaman yang ada sebagai pengedar dan agen itulah, menjadi bekalan kami menguruskan perniagaan ini. Meskipun, bakal berdepan cabaran dan saingan dalam dunia perniagaan, kami percaya pada rezeki ALLAH,” katanya.

 

Import Kopi Hijau Alana dari Brazil

Melihat kepada pasaran yang ada, tiada lagi sebarang produk minuman kesihatan dihasilkan menerusi kopi hijau, menjadi faktor kepada pemilihan Kopi Hijau Alana untuk dipasarkan dalam pasaran negara.

Abdul Hami berkata, Kopi Hijau ini, memang popular di negara seberang iaitu Indonesia dan disebabkan itu, mereka mahu memperkenalkannya dalam negara tetapi bezanya Alana Beauty Marketing mengimport khas biji kopi mentah daripada Brazil.

“Kami mengambil masa tiga bulan membuat kajian sebelum betul-betul memasarkan produk minuman kesihatan ini supaya dapat mengeluarkan produk minuman yang betul-betul berkualiti kepada pengguna.

“Untuk permulaan modal perniagaan, kami memperuntukkan RM20,000 dan sebanyak 1,000 kotak telah ditempah.

“Alhamdulillah, tanpa dijangka dalam seminggu bekalan yang ditempah telah habis dijual hasil pemasaran dibuat oleh pihak pengurusan menerusi laman sosial Facebook dan rangkaian medium lain.

“Atas permintaan yang tinggi, kita meneruskan tempahan sebanyak 300,000 unit, empat bulan kemudiannya,” katanya.

 

Sasar terokai pasaran luar

Kopi Hijau Alana Royal menggunakan biji kopi mentah tanpa dipanggang yang mengandungi bahan aktif semula jadi Asid Klorogenat.

“Ia berbeza daripada kopi biasa dan khasiatnya amat tinggi selain kafeinnya yang rendah. Selain itu ia mengandungi tiga bahan superfoods iaitu susu kambing asli, chia seed dan habbatus sauda.

Melihat kepada potensi produk tersebut di pasaran, katanya, untuk sasaran tahun ini, pihaknya sedang merangka strategi bagi memperluaskan pemasaran Kopi Hijau Alana Royal menembusi pasaran negara luar seperti China.

“Setakat ini Kopi Hijau Alana telah menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. Jadi kami mahu memperluaskan lagi pasaran di negara lain. Selain itu, kita juga mahu Kopi Hijau Alana ini senang pelanggan dapati di rangkaian stesen-stesen minyak. Dalam pada itu, turut meletakkan misi agar produk minuman kesihatan ini ada di setiap rumah,” katanya.

Sehingga kini, syarikat telah berjaya menjual produk di bawah jenama Alana Beauty Marketing sebanyak 1 juta unit dengan mempunyai 100 lebih stokis seluruh negara.

Antara produk minuman kesihatan keluaran syarikat itu, adalah Kopi Hijau Alana Royal,  Kopi Hijau Alana Premium , Alana Pure Goat Milk  dan keluaran terbaru Klenze Booster.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment