Konvoi selami denyut nadi rakyat

Sunday, March 11, 2018

Konvoi selami denyut nadi rakyat

Konvoi selami denyut nadi rakyat

BALING - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling berjaya menamatkan konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia sejauh 120 kilometer, baru-baru ini.

Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, kembara melibat 80 orang itu terdiri daripada kakitangan Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah baling.

Menurutnya, kembara itu bertujuan menyelami denyut nadi golongan memerlukan.

“Perjalanan konvoi ini meliputi tiga Dun iaitu Dun Bayu, Dun Kupang dan Dun Kuala Ketil.

“Permulaannya di Kampung Lalang dan berahkhir di PDK Bakai. Sebanyak 14 rumah dilawati termasuk rumah mangsa ribut,” katanya.

Menurutnya, konvoi juga menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Legong.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment