Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya
SHAH ALAM - Status terkini peratusan pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas menunjukkan perkembangan positif.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata setakat jam 6 petang hari ini memberitahu peratusan pemulihan kini pada tahap 96.8 peratus.
Menurut kenyataan itu lagi, segala usaha dan tindakan perlu sedang diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan berperingkat di Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Gombak.
"Peratusan pemulihan bekalan air di Hulu Selangor dan Kuala Langat dilaporkan mencapai 100 peratus iaitu bekalan pulih sepenuhnya, manakala di Klang dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat pemulihan sebanyak 98.6 peratus dan 97.3 peratus.
"Bagi kawasan Gombak peratusan pemulihan bekalan mencapai 98.3 peratus, manakala Petaling masih pada tahap 83.7 peratus," katanya.
Syabas berkata, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air terus digerakkan secara berterusan ke kawasan-kawasan yang masih terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.
"Pelanggan juga boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat)," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment