Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh SPR untuk kebaikan semua pihak serta demi kepentingan rakyat dan negara.
âDengan demikian, adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih dalam bahagian pilihan raya masing-masing.
âIni memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing, sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,â katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. â" UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment