Jaga tutur, perbuatan di bulan Ramadan

Monday, March 5, 2018

Jaga tutur, perbuatan di bulan Ramadan

Jaga tutur, perbuatan di bulan Ramadan

SHAH ALAM - Mana-mana ahli politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya, jika diadakan ketika Ramadan disarankan menjaga lidah dan perbuatannya.

Pendakwah, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre berkata, keadaan itu tidak hanya tertakluk kepada ahli politik semata-mata tetapi masyarakat juga perlu menjaga lisan dan perbuatan tidak kira bulan Ramadan atau tidak.

"Ramadan adalah bulan yang mulia, pahala sentiasa digandakan dan ia sangat membantu kita untuk beribadah dan meninggalkan maksiat dalam segala aspek.

"Sangatlah malang jika kita masih melakukan perkara yang tidak disukai ALLAH SWT pada bulan mulia ini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika tempoh berkempen dan semasa memberi ceramah, ahli politik perlu berhati-hati dalam menuturkan kata-kata.

Beliau berkata, pilihan raya boleh dilakukan pada bulan biasa jika ia tidak mengganggu proses ibadah khusus di dalam bulan Ramadan dan ahli politik boleh mengawal diri daripada melakukan perkara yang mencemarkan kesucian Ramadan

Katanya lagi, ahli politik perlu mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan fitnah dan menambah dosa kepada diri sendiri.

"Golongan ulama mengkhususkan lima perkara yang akan membatalkan pahala puasa antaranya menipu, mengumpat, mengadu domba, bersaksi palsu dan melihat dengan pandangan bernafsu.

"Hampir kesemua perkara ini biasa dilakukan oleh ahli politik yang tidak bertakwa," katanya.

Sarannya, jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan untuk melatih diri supaya menjadi lebih baik.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment