Guru bantu mangsa lemas terima penghargaan

Monday, March 12, 2018

Guru bantu mangsa lemas terima penghargaan

Guru bantu mangsa lemas terima penghargaan

KUALA ROMPIN - Peranan seorang guru bukan sahaja mengajar atau menyampaikan ilmu sebaliknya turut memikul tanggungjawab dalam masyarakat.

Ia boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk termasuk tindakan menyelamat mangsa lemas di Pantai Hiburan, baru-baru ini seperti yang dilakukan oleh cikgu Johaini Abdul Rani.

Pengarah Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS) Rompin, Osman Muhamad, berkata, sumbangan cikgu Johaini itu sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada semua.

Menurutnya, sumbangan sedemikian rupa mampu meletakkan seseorang guru itu sebagai orang yang dihormati dalam masyarakat selagi tidak membahayakan nyawa sendiri.

“Saya mewakili warga KVSAS Rompin sangat bangga dan menghargai apa yang telah dilakukan cikgu Johaini kepada masyarakat.

“Berdasarkan sumbangannya itu, dia juga wajar diberikan pengiktirafan atas jasanya itu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Osman berkata, sebagai guru juga perlu mengambil peduli hal ehwal masyarakat setempat dan mengambil inisiatif tertentu sesuai jika perlu.

Katanya, seseorang guru itu bukan sahaja dihormati sebagai penyampai ilmu malah sebagai orang penting dalam masyarakat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment