Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal mapan disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam guna tenaga dan pendapatan serta inflasi lebih rendah antara dua hingga tiga peratus.
Katanya, bagaimanapun, wujud beberapa risiko termasuklah ketidakpastian berhubung impak pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar secara serentak merentas ekonomi utama, dasar perdagangan pandang ke dalam yang mengancam perdagangan antarabangsa dan risiko geopolitik yang boleh menjejaskan sentimen pasaran kewangan global.
“Secara keseluruhan, prospek ekonomi dicirikan oleh beberapa risiko daripada aspek positif. Ini termasuklah permintaan global yang lebih kukuh daripada jangkaan yang seterusnya mencerahkan prospek bagi industri berorientasikan eksport.
“Namun begitu, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi rintangan ini sekiranya risiko pertumbuhan yang perlahan menjadi kenyataan,” katanya dalam pembentangan Laporan Perkembangan Ekonomi Pada 2017 BNM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment