Ejen nafi Courtois bakal sertai PSG
KHABAR angin mengaitkan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois telah mengadakan rundingan untuk berpindah ke Paris-Saint Germain (PSG) dinafikan sekeras-kerasnya oleh ejen beliau.
Ejennya, Christophe Henrotay berkata berita yang dikeluarkan stesen televisyen Belgium, RTBF bahawa PSG sudah bertemu wakil Courtois di London akhir bulan lalu adalah palsu belaka.
âSaya tidak pernah dengar mengenai pertemuan itu. Jika benar ada kelab berminat dengan pemain di bawah saya, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
âRTBF merupakan satu stesen televisyen kecil di Belgium, jadi mungkin mereka sengaja mencipta spekulasi agar mereka mampu bertahan dalam industri penyiaran.
âTapi, berita yang mereka sampaikan itu sama sekali tidak benar. Itu saya boleh sahkan,â katanya.
Sebelum ini Courtois dikhabarkan berbincang dengan kelab gergasi Perancis itu pada jendela musim panas nanti.
Ia berikutan khabar angin yang mengatakan penjaga gol kebangsaan Belgium itu sudah tidak gembira bersama The Blues kerana mempunyai pertelingkahan dengan pengurusnya.
Bagaimanapun, Courtois masih terikat dengan kontrak bersama Chelsea sehingga Jun 2019.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment