Dua lelaki nyaris cederakan polis dicekup
CHUKAI - Dua lelaki yang nyaris mencederakan empat anggota polis dalam cubaan melarikan diri selepas enggan memberhentikan kereta untuk diperiksa akhirnya berjaya dicekup.
Kedua-dua suspek terbabit berusia 21 dan 23 tahun berjaya ditangkap kira-kira jam 11 malam kelmarin di sekitar bandar Chukai.
Sebelum itu, mereka bertindak agresif apabila cuba melanggar anggota polis dalam kejadian di Kampung Gong Pauh, di sini, Jumaat lalu.
Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, empat anggota polis itu sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank di Taman Chukai Utama.
Ketua Polis Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, anggotanya bertindak menghampiri kenderaan tersebut.
Katanya, bagaimanapun, pemandu kereta terbabit bertindak melarikan diri menyebabkan anggota mengekori kereta itu sebelum pemandunya bertindak memberhentikan kereta dipandunya di kawasan Kampung Gong Pauh kerana dihalang kanopi yang dipasang untuk majlis perkahwinan di situ.
âDua daripada empat anggota turun untuk membuat pemeriksaan namun suspek masih enggan memberikan kerjasama apabila mengundurkan kereta untuk melanggar dua anggota.
âSuspek turut melanggar kereta pasukan dan merempuh kanopi di kawasan perumahan itu sebelum melarikan diri,â katanya semalam.
Susulan itu, beliau berkata, gerakan memburu suspek dilakukan dan membawa kepada penahanan mereka di sekitar bandar Chukai keesokannya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment