Buntu anak gadis hilang
KLUANG - Sebuah keluarga di Taman Sri Kluang, di sini, buntu memikirkan anak perempuan mereka, Nor Balqis Qurattu Aini Zamri,19, yang hilang sejak jam 1 petang, semalam.
Bapanya, Zamri Jusoh, 42, berkata, kehilangan anak ketiga dari empat beradik itu disedari isterinya, Rosliza Hussin,45, ketika pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan di bandar Kluang.
Sebaik sahaja menyedari perkara itu, Zamri berkata, dia dan isteri cuba mencari di kawasan perumahannya malah turut menghubungi rakan serta saudara mara namun tidak berhasil.
"Saya dan isteri tidak tahu mengapa anak saya bertindak demikian. Seingat saya, lebih dua minggu lepas isteri ada menegurnya tapi tak mungkin itu puncanya.
"Kami buntu dan bila saya periksa dalam bilik tidurnya mendapati ada dua hingga tiga helai pakaiannya tiada dalam almari.
"Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana dan dengan siapa dia keluar kerana kami tidak pernah melihat dia bersama teman lelaki atau kawan perempuan yang rapat," katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan kejadian tersebut, Zamri telah membuat satu laporan berkenaan kehilangan anak perempuannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.
Dia berkata, mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang perselisihan dan anak perempuannya juga tidak menunjukkan sikap pelik sebelum menghilangkan diri.
"Saya berharap dia akan pulang dan saya juga berharap orang ramai dapat membantu mengesan kedudukan anak perempuan saya," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan Nor Balqis Qurattu Aini
boleh menghubungi Zamri di talian 018-786 3199 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment