BN pacu ekonomi negara
JITRA - Pelbagai bentuk bantuan yang dipulangkan kepada rakyat sehingga ke akar umbi membuktikan kerajaan BN dapat memacu ekonomi negara.
Ia sekali gus menafikan tohmahan pembangkang yang menganggap ekonomi negara merosot di bawah pentadbiran BN.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja direka demi menjatuhkan kerajaan.
âRakyat juga dapat menikmati pelbagai hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dicatatkan saban tahun.
âMenerusi laporan Program Transformasi Nasional (NTP) yang dibentangkan perdana menteri Jumaat lalu, ia jelas menunjukkan negara sudah berada di landasan yang betul dengan pertumbuhan antara yang tertinggi di dunia iaitu 5.9 peratus, di samping rizab antarabangsa negara yang mencatat RM419.5 bilion atau AS$103.7 bilion pada 28 Februari lalu... ia juga diakui oleh badan penarafan antarabangsa.
âJika kita tidak mampu dan ekonomi merosot, bagaimana kita boleh pindahkan hasil ekonomi negara kepada rakyat dalam bentuk bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada pekebun kecil, nelayan, pesawah, serta meningkatkan elaun imam, bilal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pelbagai bantuan lain,â katanya pada Program Tanggungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini, hari ini.
Othman yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, pembangkang sepatutnya bersyukur kerana kerajaan mampu urus ekonomi dengan baik dan bukan merosakkan pembangunan negara.
âSebelum ini pembangkang pernah mereka cerita yang negara akan muflis... ia hanyalah mainan politik.
âKerajaan BN tidak seperti itu, kita bercakap dan memberitahu rakyat berdasarkan fakta dan statistik yang ada supaya rakyat faham mengenai situasi ekonomi semasa,â katanya.
Terdahulu, Othman menyerahkan sumbangan berupa Alat Bantuan Mengajar (ABM) kepada 32 Sekolah dalam Parlimen Jerlun.
Hadir sama, Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment