Belia perlu diterapkan kemahiran yang betul

Sunday, March 11, 2018

Belia perlu diterapkan kemahiran yang betul

Belia perlu diterapkan kemahiran yang betul

KOTA MARUDU - Kemahiran yang betul harus diterapkan kepada belia hari ini kerana mereka adalah aset masa depan negara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Oleh itu, beliau berkata pelbagai program telah direka khas oleh kerajaan, mulai dari pendidikan kepada mata pelajaran motivasi, untuk memenuhi keperluan belia hari ini dan melatih mereka sebagai pemimpin masa depan.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata semua ini  disebabkan oleh keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap golongan belia

"Beliau (Perdana Menteri)  menyokong golongan muda dan ini jelas melalui penyertaannya dalam program-program yang melibatkan golongan muda seperti Transformasi Negara 2050 (TN50), Mobile Outreach Program (MOP) dan Pusat Transformasi Masyarakat Mudah Alih (MCTC), " kata Ongkili.

Bercakap  ketika melancarkan program Transformasi Vokasional Belia Bergerak (MYTV) - MOP - MCTC di sini hari ini beliau menyeru golongan belia di daerah ini supaya mengambil peluang  terhadap program  berkenaan bagi memperolehi kemahiran berguna.

“Tidak selalu program seumpama ini diadakan di kawasan ini,  jadi apabila ia diadakan rebutlah peluang  untuk memperolehi kemahiran serta pengetahuan baharu.

“Pihak pembangkang tidak mempunyai sebarang program untuk golongan  muda sekarang  kerana mereka kosong daripada segi visi dan masa depan. Mereka hanya sibuk memikirkan cara menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam keghairahan  mereka untuk mengambil alih Putrajaya ,” tegas Ongkili.

Seramai 119 peserta  mengambil bahagian dalam program dua hari itu di mana mereka di beri pendedahan dalam enam jenis kemahiran  - kosmetik, pertukangan, membaiki paip, pendawaian , kulinari and pertanian.

Turut hadir Penolong Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting, Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi, Komander Briged 5 Infrantri, Datuk Mohd Anuar Rijaluddin, Pengarah Majlis Keselamatan Sabah Datuk Rodzi Md Saat dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Damit Awang Anak. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment