Beli senjata api? Kastam tak tidur la!
[VIDEO] ANDA jangan ingat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sedang tidur lena jika anda membeli senjata tiruan di online.
Jika anda beranggapan sedemikian, anda silap besar! Buktinya, Kastam berjaya mengesan pelbagai bungkusan mengandungi senjata tiruan yang dibeli oleh pembeli dari Malaysia.
Macam mana Kastam dapat kesan? Ini perkongsian Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam.
Menurutnya, Kastam mempunyai mesin pengimbas berteknologi tinggi bagi merakamkan imej dalam bungkusan yang tiba dari luar negara.
âKita ada mesin pengimbas canggih di semua tempat keluar masuk sebagai contoh lapangan terbang. Imej seperti dadah dan senjata api mahupun tiruan dapat dilihat," katanya.
Beliau berkata, jika senjata itu dileraikan sekalipun, pegawai Kastam dapat mengesannya berdasarkan kepakaran dan pengalaman.
âMemang ada kesukaran tetapi pegawai kita terlatih. Mereka tahu kalau ada spring contohnya, jadi imbasan itu dianggap berisiko tinggi dan biasanya kita akan buka bungkusan itu. Kita juga lihat siapa yang importnya, apa tujuan dan di mana alamatnya. Kita akan buka parcel itu,â katanya.
Katanya, melalui pengurusan risiko, anggota dan pegawai perlu sentiasa bersedia andai ada barangan meragukan.
âContohnya, kita ada kes senjata tiruan yang dibawa masuk tetapi diikrarkan sebagai barang permainan. Jadi sudah tentu kita buka parcel itu dan pernah ada kes di mana senjata raifal diimport,â katanya.
Menurutnya adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan hukuman minima 10 kali ganda nilai dagangan import jika disabitkan kesalahan atau maksimum 20 kali ganda nilai dagangan atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Nah..Sekarang sudah jelas bukan. Kalau anda ada niat nak buat juga, jika tertangkap, jangan kata kami tak nasihat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment