Banduan ditahan semula selepas 14 jam lolos
KOTA BHARU â" Seorang banduan yang lolos di Tanah Merah, semalam, sempat menukar baju bagi mengelak dicam polis, namun usahanya hanya bertahan 14 jam selepas dia ditahan semula, pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 7 pagi.
âHasil maklumat awam, polis melakukan intipan dalam kawasan semak berhampiran kawasan perumahan Taman Muhibah Jaya, Jalan Wan Ahmad.
âSuspek ketika itu bersembunyi di dalam semak dan kemudian berjaya dicekup selepas berlaku pergelutan.
"Suspek sudah pun menukar baju kemeja-t berwarna hijau daripada baju dan seluar banduan berwarna putih yang dipakai ketika dia melarikan diri,â katanya pada sidang media di IPK, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment